Jumaat, 31 Ogos 2018

Tawaran kontrak binaan atau berniaga bazar?

Good product better offer!

Good service, built trust!

Prinsip asas Islah Tukang Bina Services.

Job binaan semakin kurang dan peluang semakin tipis. Tunggu nombor keramat 10% berkuatkuasa agaknya. Rezeki bangsa asing dan bukan warganegara...melimpah ruah dengan atau tanpa 10%. 

Adakah jalan keluar? Ada. Cari duit tepi dengan berniaga bazar dan pasar.

Apa bezanya tawaran kerja binaan dengan berniaga bazar?

1 jawapan yang sama. Sells and yields. Demands and supplies.

Barangan/produk/khidmat yang dijual/ditawarkan tak semestinya kena dengan kehendak pembeli/pelanggan. Buat masa ni taukeh  terpaksa berniaga di pasar untuk memenuhi kekosongan tawaran kerja. Inna lillahi wa inna ilaihirrajiun.

Fake items and demands. Cheaper yet durable. Higher yield? No, but worth doing it.

Starts your network from there(bazaar)! Resells myself...again and again.

Success is the result of perfection, hard work, learning from failure, loyalty, and persistence

My mission in life is not merely to survive, but to thrive; and to do so with some passion, some compassion, some humor, and some style



Rabu, 15 Ogos 2018

Kontraktor non-Malaysian

Tak perlu pura-pura terkejut, kan?

Assalamualaikum,

Tanggal 3 Zulhijjah 1439H. "Break-vacation" masuk minggu yang ke-2. So, ambil la masa sikit  dengan blog yang baru nak mula ni. Ada job menanti tapi owner tak bagi date lagi bila sepatutnya mula.

Well, now we return to above-mentioned topic.

Kerja mereka bagus?
Harga menarik atau lebih jimat?
Persekitaran bebas hazard selepas kerja-kerja siap?
Boleh panggil bila2 masa?
Tak perlu ada kontrak?
Upah murah?
Takde "tuang" atau "ponteng" kerja?
Lesap selepas dapat deposit kerja?
Rajin dan lebih kemas?
Kemahiran tinggi?
Penuhi citarasa?
Senang dipercaya?
Lebih selamat kepada mereka yg berada berhampiran?
Dll..


kenal sesiapa di dalam gambar? kenangan semasa berguru dulu


Semua di atas tu yang selalu kita dengar dan itulah juga tanggapan orang kita. 
Tak perlu hitam-putih kalau tak suka komplen aje. Ini serba sedikit pengalaman saya berkuli dan berguru dengan warga non-Malaysia..takde gaji cuma diberi duit kopi, nak sara diri sendiri pun missed soru!

Selasa, 14 Ogos 2018

Pilihan - Beli Atau Bina Sendiri Kediaman

Salam petang yang panas dan kering (Perak Tengah sahaja)

Anak-anak semakin hari meningkat umurnya, begitu juga ketua sebuah keluarga. Jika lambat miliki rumah sendiri, rumit di kemudian hari. Anak remaja perlukan "own space" dan tak suka berkongsi bilik, yang masih bersekolah minta bilik yang sesuai untuk belajar, anak kecil masik nak berkongsi bilik tapi ruang sempit. Saudara jauh datang, terpaksa tidur hotel. Aduhai..


Ini yang merunsingkan kepala setiap ketua keluarga!

Pembelian kediaman sendiri bukan lagi jadi satu beban kepada rakyat Malaysia yg berpendapatan isikeluarga sekitar 3K ke 10K. Lambakan tawaran sektor hartanah baik di bandar2 besar mahupun kecil tidak menjadi faktor penurunan harga. Dengan bukaan tapak serendah 30' * 55' kaki persegi, harganya sudah mencecah suku juta atau lebih! Maka, sepanjang saya mencari rezeki di negeri orang bermula tahun 2000 (gaji 1300/mo) hingga 2013 (gaji 5990/mo) saya mampu beli apartment SAHAJA di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan berharga RM161,300 ketika itu pada tahun 2007.

Itu perkongsian semata-mata.

Apa kelebihan bina sendiri?
  1. bentuk pilihan sendiri
  2. pilihan susun atur ruang
  3. jenis kemasan
  4. jenis bumbung
  5. bilangan ruang kereta
  6. setor atau wardrobe
  7. boleh diwarisi sbg pusaka
  8. mudah berhimpun saudara-mara
  9. kos 3/4 dari harga pasaran oleh pemaju
  10. perancangan selepas pencen
  11. keselesaan untuk ibu bapa yang tidak suka suasana bandar
  12. tawaran fasiliti pinjaman bank ataupun LPPSA (asalkan memenuhi syarat)
Klik halaman Islah Tukang Bina Services untuk kenali siapa kami.

Bukan Terbaik Tapi Harga Mampu - Islah Tukang Bina Services

2 Zulhijjah 1439.

Assalamualaikum,

Syukur masih lagi bernafas dan diberikan peluang untuk beribadah lagi untuk mengungkapkan taubat walaupun baru saja menyambut ulangtahun ke-41.

Rezeki Allah ada dimana-mana dan amat luas. Tapi jika menunggu saja, ia tak datang bergolek. Maka saya jemput hajat anda (datang secara bergolek atas talian samada telefon, komen di blog, messenger, whatsapp dan dll) bila-bila masa dari waktu 8pg ke 8mlm.

Nak tahu apa yang Islah Tukang Bina Services tawarkan, layari laman Perkhidmatan di blog ini .


Tawaran kontrak binaan atau berniaga bazar?

Good product better offer! Good service, built trust! Prinsip asas Islah Tukang Bina Services. Job binaan semakin kurang dan peluang s...