Selasa, 14 Ogos 2018

Pilihan - Beli Atau Bina Sendiri Kediaman

Salam petang yang panas dan kering (Perak Tengah sahaja)

Anak-anak semakin hari meningkat umurnya, begitu juga ketua sebuah keluarga. Jika lambat miliki rumah sendiri, rumit di kemudian hari. Anak remaja perlukan "own space" dan tak suka berkongsi bilik, yang masih bersekolah minta bilik yang sesuai untuk belajar, anak kecil masik nak berkongsi bilik tapi ruang sempit. Saudara jauh datang, terpaksa tidur hotel. Aduhai..


Ini yang merunsingkan kepala setiap ketua keluarga!

Pembelian kediaman sendiri bukan lagi jadi satu beban kepada rakyat Malaysia yg berpendapatan isikeluarga sekitar 3K ke 10K. Lambakan tawaran sektor hartanah baik di bandar2 besar mahupun kecil tidak menjadi faktor penurunan harga. Dengan bukaan tapak serendah 30' * 55' kaki persegi, harganya sudah mencecah suku juta atau lebih! Maka, sepanjang saya mencari rezeki di negeri orang bermula tahun 2000 (gaji 1300/mo) hingga 2013 (gaji 5990/mo) saya mampu beli apartment SAHAJA di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan berharga RM161,300 ketika itu pada tahun 2007.

Itu perkongsian semata-mata.

Apa kelebihan bina sendiri?
  1. bentuk pilihan sendiri
  2. pilihan susun atur ruang
  3. jenis kemasan
  4. jenis bumbung
  5. bilangan ruang kereta
  6. setor atau wardrobe
  7. boleh diwarisi sbg pusaka
  8. mudah berhimpun saudara-mara
  9. kos 3/4 dari harga pasaran oleh pemaju
  10. perancangan selepas pencen
  11. keselesaan untuk ibu bapa yang tidak suka suasana bandar
  12. tawaran fasiliti pinjaman bank ataupun LPPSA (asalkan memenuhi syarat)
Klik halaman Islah Tukang Bina Services untuk kenali siapa kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tawaran kontrak binaan atau berniaga bazar?

Good product better offer! Good service, built trust! Prinsip asas Islah Tukang Bina Services. Job binaan semakin kurang dan peluang s...